fbpx

Lelaki berbaring 60 jam tanpa beralih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki ini memenangi wang tunai RM1,566 dan beberapa hadiah sampingan bersama gelaran Juara Berbaring. - Oddity Central

PODGORICA, Montenegro – Seorang lelaki dari kampung Brezna, Montenegro menjuarai pertandingan berbaring paling lama apabila menghabiskan masa  60 jam berada pada kedudukan tersebut, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Zarko Pejanovic menewaskan sembilan peserta lain dengan berbaring lurus tanpa beralih sepanjang Kejohanan Berbaring ke-12 yang berlangsung di sebuah taman rekreasi tempatan.

“Ini bukan cabaran yang sukar. Percayalah, saya tidak memanaskan badanpun  sebelum bermula,” kata Pejanovic.

Semua peserta dibenarkan membawa barangan seperti telefon dan buku untuk ‘menyibukkan diri’  semasa mereka berbaring.

Setiap peserta dibenarkan pergi ke tandas setiap lapan jam dan kembali meneruskan cabaran sehingga juara berjaya ditemui.

Kejohanan Berbaring dilaporkan dicipta oleh seorang lelaki bernama Radoje Blagojevic untuk mempersendakan stereotaip bahawa penduduk Montenegro adalah pemalas.

Bagi edisi tahun ini, Pejanovic membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$350 (RM1,566), makan tengah hari percuma untuk dua orang di restoran, penginapan hujung minggu di perkampungan etnik Montenegro dan pengalaman berakit. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI