fbpx

Kibar Jalur Gemilang atau berdepan kompaun – MPK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORAZLAN (depan, enam dari kanan) bergambar bersama rakan strategik di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis di sini semalam.

KANGAR – Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mengingatkan supaya semua premis yang belum memasang Jalur Gemilang di bawah pentadbirannya agar segera memasangnya atau berdepan tindakan kompaun.

Yang Dipertua MPK, Norazlan Yahaya berkata, pasukan penguatkuasa majlis perbandaran itu akan melakukan pemantauan bermula pagi ini dan akan mengeluarkan kompaun sebanyak RM250 sekiranya ada pemilik yang ingkar mengikut peraturan pemilikan lesen.

Katanya, sepatutnya pemasangan Jalur Gemilang bermula pada 1 Ogos lalu dan tempoh itu sudah hampir sebulan sebelum menyambut Hari Kebangsaan Ke-65 tidak lama lagi.

“Sebanyak 80 peratus daripada 7,000 premis dibawah seliaan MPK telah memasang bendera kebangsaan dan bendera negeri sempena sambutan kemerdekaan hari ini.

“Saya harap orang ramai memberi kerjasama dengan memasang bendera Jalur Gemilang dan bendera negeri di hadapan premis perniagaan bagi menunjukkan semangat patriotisme sempena sambutan hari kemerdekaan,” katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, terdapat peruntukan menyatakan bendera negeri dan Jalur Gemilang perlu dikibarkan menjelang sambutan Hari Kebangsaan serta Hari Keputeraan Raja Perlis

Beliau turut mengingatkan cara yang betul memasang bendera adalah Jalur Gemilang di sebelah kiri dan bendera negeri di sebelah kanan apabila dilihat dari luar premis

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian sijil penghargaan kepada 44 organisasi kerajaan, swasta dan media di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini.

Dalam perkembangan lain, Norazlan memaklumkan MPK tidak menamakan jalan raya menggunakan nama individu yang masih hidup susulan titah Raja Perlis, Tuanku syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Katanya, selain itu terdapat juga nama bangunan dan premis ibadat seperti masjid dan kuil diuruskan oleh pelbagai agensi lain selain daripada majlis perbandaran itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI