fbpx
Puri halwa menjadi makanan jalanan kegemaran penduduk Pakistan di mana mereka boleh menikmatinya pada bila-bila masa. – Pakistani Healthy Recipe

Rakyat Pakistan tidak lagi mampu makan hidangan popular puri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISLAMABAD – Peningkatan harga barangan keperluan asas di Pakistan menyebabkan penduduk negara itu terpaksa melupakan hasrat untuk menikmati hidangan kegemaran ramai, puri, lapor laman berita India Today semalam.

Puri sabzi atau puri halwa menjadi makanan jalanan kegemaran penduduk Pakistan di mana mereka boleh menikmatinya pada bila-bila masa.

Namun, berikutan peningkatan harga komoditi asas dan lonjakan inflasi, populariti hidangan tersebut kini merudum.

Menurut seorang pengurus gerai jalanan, Mohammad Javed Abbasi, kadar inflasi yang tinggi telah membuatkan perniagaannya berbeza berbanding sebelum ini.

“Bilangan pelanggan kami berkurang. Jumlah orang yang menikmati halwa puri juga semakin sedikit,” katanya.

Lonjakan harga barangan keperluan asas menyebabkan peningkatan kos kepada pembuat puri kerana ia mempengaruhi harga tepung, minyak masak dan tenaga elektrik.

Menurut Biro Statistik Pakistan, inflasi harga pengguna tahunan negara mencecah 24.9 peratus pada Julai lalu, kadar tertinggi dalam tempoh 14 tahun.

Laporan tersebut turut menyebut beberapa bahan mengalami lonjakan harga seperti tomato (20.28 peratus), ayam (7.57 peratus), bawang (2.3 peratus), susu tepung (2.03 peratus), telur (1.63 peratus), kacang dal (1.42 peratus) dan ubi kentang (1.07 peratus). – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN