fbpx

2 lelaki menyamar pegawai Imigresen, rogol wanita Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang ditahan kerana disyaki menyamar sebagai pegawai Imgiresen sebelum samun dan rogol wanita warga Indonesia di sekitar Hospital Pantai Pandan Indah pada Sabtu lalu.

AMPANG – Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki menyamar sebagai pegawai Imigresen sebelum samun serta merogol wanita warga Indonesia dalam kejadian di sekitar Hospital Pantai Pandan Indah, di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis menerima laporan daripada mangsa, seorang wanita warga Indonesia mendakwa ditahan dua lelaki yang mengaku sebagai pegawai Imigresen.

“Mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja bersama rakan yang juga wanita warga Indonesia sebelum ditahan dua lelaki berkenaan mendakwa mahu membuat pemeriksaan pasport serta permit kerja kedua-dua wanita terbabit.

“Suspek yang menaiki kereta jenis Honda City itu kemudian meminta mangsa dan rakannya untuk menaiki kenderaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Farouk, mangsa dan rakan kemudian telah dibawa ke kawasan Serdang dan suspek bertindak mengambil barang kemas dan duit milik mangsa sebelum mangsa diturunkan di tepi jalan.

Jelasnya, rakan mangsa kemudian dibawa ke sebuah hotel dekat kawasan Balakong sebelum suspek merogol wanita itu di hotel terbabit.

Susulan itu, laporan polis dibuat sebelum polis melakukan serbuan dekat sebuah rumah teres di Taman Seri Asahan, Jasin, Melaka dan menahan dua suspek yang masing-masing berusia 35 dan 40 tahun, awal pagi tadi.

“Polis turut merampas wang tunai, seutas rantai leher, rantai tangan serta kereta dan pakaian yang digunakan suspek semasa kejadian.

“Semakan rekod lampau juga mendapati suspek berusia 40 tahun mempunyai 18 kesalahan jenayah dan dadah manakala suspek berusia 35 tahun mempunyai 13 rekod yang sama,” ujarnya.

Tambahnya, kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Ampang pada pagi ini bagi permohonan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI