fbpx

Masya Masyitah dikritik pakai baju menyakitkan mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FESYEN yang tidak sesuai digayakan oleh seorang wanita Muslimah seperti Masya Masyitah mengundang kritikan orang ramai terhadap penyanyi itu.

PETALING JAYA – “Pemilihan baju tolong tapis lagi sister (adik). Tolong.”

Demikian teguran netizen terhadap penyanyi Masya Masyitah apabila tampil mengenakan fesyen yang dianggap keterlaluan bagi seorang wanita berhijab.

Masya menerusi Instagramnya berkongsi beberapa keping foto dan video promosi untuk single baharunya berjudul Simpanan.

Dalam perkongsian tersebut, Masya atau nama lengkapnya Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff memakai dua jenis pakaian berwarna hitam dan merah jambu tetapi fesyen yang digayakannya menyakitkan mata netizen yang memandang.

Masya, 22, dikritik kerana menggayakan baju tanpa lengan yang berlubang di bahagian dada dan dipadankan dengan ‘inner’ berwarna putih.

“Walaupun ada baju di dalam tetapi macam tak sesuai baju merah jambu itu untuk wanita berhijab. Maaf Masya,” tegur seorang lagi netizen.

Malah penyanyi asal Kedah itu turut mengenakan subang pada hidung untuk satu lagi ‘look’ yang digayakannya bersama baju berwarna hitam.

Rata-rata netizen yang memenuhi ruangan komen meninggalkan teguran terhadap fesyen penyanyi yang fasih berbahasa Cina itu yang dikatakan semakin pelik dan jauh berubah berbanding penampilan asalnya sebelum ini.

Netizen meluahkan rasa sedih dan kecewa melihat keberanian Masya tampil dengan imej pelik sebegitu hanya kerana ingin menepati konsep lagu baharunya.

“Dik, kau bertudung sayang. Suka tengok Masya yang dulu, manis dipandang,” kata seorang netizen lain.

Selain penampilannya yang ditegur semakin pelik, tindakan penyanyi itu yang bergambar bersama model lelaki berbangsa Cina untuk video klip lagu Simpanan turut dikritik kerana tidak menjaga batas pergaulan.

Masya dilihat selamba memegang model terbabit sambil bergambar dengan bersilang tangan dan melentokkan kepalanya di atas bahu lelaki itu.

Biarpun hebat dikecam, tetapi Masya dilihat mengambil pendekatan berdiam diri dan tidak mengendahkan komen-komen yang menghujani ruangan perkongsiannya.

Untuk info, Masya memulakan kariernya dalam industri selepas menjuarai pertandingan Ceria Popstar musim kedua pada 2014 dan disebabkan kefasihannya berbahasa Cina, dia kerap diundang menjayakan persembahan selain pernah menyertai program realiti di China. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI