fbpx

KPKT bekerjasama dengan Kementerian Alam Sekitar Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bekerjasama dengan Kementerian Alam Sekitar Jepun (MOEJ bagi membangunkan garis panduan baharu berhubung pengurusan sisa makanan di negara ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, melalui kerjasama tersebut KPKT akan dapat mengambil amalan terbaik dalam mewujudkan perundangan khusus yang menyokong kepada pengurusan sisa makanan lestari.

“Pada waktu sekarang negara menjana sisa pepejal hampir 38,000 tan metrik sisa pengurusan pepejal sehari dengan hampir 45 peratus daripada jumlah tersebut adalah sisa pepejal makanan.

“Ini turut berlaku di Indonesia 60 peratus, Filipina (55 peratus) dan Thailand (64 peratus). Paten menunjukkan keadaan yang sama. Barangkali orang Asia dengan sisa-sisa nasi kandar, mi goreng menyebabkan sisa itu jadi lebih,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Che Alias Hamid (P-Kemaman) mengenai keperluan mewujudkan akta berhubung dengan isu pembaziran makanan di Malaysia yang setiap tahun semakin membimbangkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI