fbpx

Laudya Cynthia Bella nikah lagi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar (kanan) video tular yang mendakwa wanita berkahwin dengan jejaka berjubah putih berkenaan merupakan Laudya.

PETALING JAYA – Sejak semalam, nama selebriti terkenal Indonesia Laudya Cynthia Bella menjadi bahan bualan hangat apabila dikhabarkan sudah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Dubai.

Menghangatkan spekulasi tersebut, tular beberapa video dalam aplikasi TikTok yang memaparkan seorang jejaka berjubah dan memakai serban sementara pengantin perempuan pula anggun memakai gaun kembang berwarna putih.

Dalam video tular tersebut, pasangan tersebut sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan.

Bagaimanapun, wajah kedua-dua mempelai tidak dipaparkan secara jelas.

Disebabkan hal tersebut, ramai yang mempersoalkan kesahihan pernikahan Laudya dan mendakwa video tersebut sebagai palsu.

Sehingga kini, Laudya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai spekulasi yang sedang hangat diperkatakan ramai.

Tampil menafikan hal berkenaan, pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Rita memberitahu khabar angin mengenai berita perkahwinan Laudya adalah tidak benar.

“Mohon maaf itu berita yang sangat tidak benar, semoga kita semua terhindar daripada fitnah ya,” ujarnya.

Terdahulu, Laudya didakwa sedang hangat bercinta dengan seorang kerabat raja Dubai.

Malah, khabar angin tersebut semakin bertebaran selepas pelakon berusia 32 tahun itu didakwa kerap ‘terbang’ ke Dubai kerana ‘teman lelakinya’ berada di sana.

Namun dakwaan itu pernah ditepis oleh rakan baiknya, iaitu Zaskia Sungkar.

Untuk rekod, Laudya sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan Malaysia iaitu Engku Emran pada September 2017 di Kuala Lumpur. Hubungan mereka bagaimanapun tidak bertahan lama dan bercerai pada Julai 2020.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI