Minyak CBD yang dijual di beberapa negara untuk tujuan perubatan. – AFP

Cannabidiol tidak sebabkan ketagihan ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Cannabidiol (CBD) tidak sama seperti ganja biasa serta tidak memberi kesan sampingan yang mudarat terutamanya menjadikan seseorang itu ketagih atau khayal.

Selepas kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan kebenaran penggunaan beberapa produk perubatan mengandungi kanabis atau ganja dikenali sebagai CBD pada tahun hadapan, rakyat mula berteka-teki tentang kegunaan dan tujuan produk tersebut.

Mendedahkan perkara itu, Naib Presiden Medical Mythbusters Malaysia (M3), Dr. Amirul Amzar berkata, CBD adalah sejenis sebatian bahan kimia yang terdapat dalam ganja untuk digunakan sebagai ubat dengan indikasi dan preskripsi doktor.

“CBD ini sudah lama dikaji dan ada indikasi untuk rawatan perubatan buat keadaan tertentu dan dengan kebenaran akta ini, bukan bermakna daun ganja boleh ditanam atau diedarkan oleh orang awam untuk tujuan perubatan.

“CBD ini telah dilesenkan di luar negara untuk rawatan sawan akibat Dravett syndrome di mana ia merupakan sejenis sawan yang jarang dijumpai dan sukar dirawat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Dr. Amirul

Mengulas lanjut, Dr. Amirul memaklumkan ada kajian kes yang menunjukkan dengan penggunaan CBD, sawan akibat pe­nyakit ini dapat dikurangkan, namun ianya perlu mendapatkan pemantauan dan preskripsi daripada doktor.

“Pesakit perlu jumpa doktor bertauliah. Doktor akan beri preskripsi ubat berasaskan CBD yang telah diluluskan penggunaannya oleh badan kawalan farmasi negara iaitu NPRA (National Pharmaceutical Regulatory Agency).

“Bila CBD ini diluluskan, bukan bermakna semua orang boleh beri untuk tujuan perubatan kerana bagi mereka yang menyalahgunakan ganja walau dengan alasan perubatan masih perlu dihukum,” jelasnya.

Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Epidemiologist, Datuk Dr. Zainal Arif­fin Omar berpendapat bahawa, tindakan KKM mendaftarkan produk berasaskan kanabis adalah satu langkah yang positif bagi tujuan kajian perubatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN