fbpx
Warga Thailand mengambil kesempatan pulang beraya di kampung halaman semasa tinjauan di Kompleks ICQS Pengkalan Kubor, Tumpat semalam. – ROHANA MOHD. NAWI

Warga Thailand pulang beraya, buat korban di kampung sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUMPAT – Pembukaan sempadan Malaysia-Thailand sejak Mei lalu memberi peluang kepada warga Thailand yang merantau di negara ini pulang ke negara mereka untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

Tinjauan Kosmo! Ahad di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor di sini semalam mendapati orang ramai meme­nuhi kompleks itu seawal pukul 6 pagi meskipun kaunter feri dibuka pada pukul 8.30 pagi.

Orang ramai yang kebanyakannya terdiri daripada warga Thailand yang bekerja di Malaysia dilihat sudah beratur untuk urusan dokumen perjalanan sebelum dibenarkan ke jeti feri.

Seorang pekerja kilang, Zamani Yaakob, 45, berkata, dia berasa teruja untuk pulang ke kampung halamannya di Narathiwat di selatan Thailand selepas tiga tahun tidak berjumpa dengan kedua-dua orang tuanya.

Menurut lelaki itu, dia, isteri bersama tiga anak serta dua kakaknya tiba di ICQS, Pengkalan Kubor pada pukul 6 pagi untuk menguruskan dokumen perjalanan sebelum menaiki feri ke Tak Bai.

Zamani bekerja di Kemaman, Terengganu, manakala dua kakaknya pula bekerja di Kelantan.

“Kami sudah sepakat untuk mengerjakan ibadah korban ke­rana sudah lama tidak pulang ke kampung.

“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, sambutan Hari Raya Aidiladha di Thailand lebih meriah.

“Selain itu, harga lembu korban di sana juga lebih murah berbanding di Malaysia,” katanya ketika ditemui.

Zamani memberitahu, harga bagi satu bahagian lembu korban di Narathiwat adalah RM350 berbanding RM700, malah ada yang mencecah sehingga RM900 di Malaysia.

Jelas lelaki itu, dia sudah me­rantau di negara ini sejak lebih 15 tahun lalu. Pada awalnya dia bekerja di Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Kemaman dan be­kerja di kilang bahan kimia.

Sementara itu, suri rumah, Norazila Asikin Muhamad, 31, memberitahu, suaminya yang bekerja kilang di Kuala Lumpur mengambil cuti selama dua ming­gu untuk pulang ke Kampung Che Heng, Tak Bai bagi menyambut raya korban.

Menurut Norazila, dia bersama suami dan dua anak amat teruja kerana mereka sudah tiga tahun tidak menjejakkan kaki ke bumi Thailand sejak sebelum pandemik Covid-19 melanda.

“Tujuan utama kami pulang ke Thailand adalah untuk melaksanakan ibadah korban di sana. Kami sekeluarga juga sudah membeli seekor lembu berharga RM2,800 pada tahun ini.

“Sambutan Aidiladha pada tahun ini pastinya lebih meriah kerana sudah lama tidak berjumpa dengan sanak-saudara di Thailand,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN