fbpx
Penyimpanan sisa ubat dalam peti sejuk tidak sepatutnya berlaku. – Gambar hiasan

Doktor saran jangan guna ubat lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk tidak makan ubat lama malah tidak patut menyimpan ubat yang diberikan doktor sebelum ini.

Doktor turun menyarankan agar orang ramai membuang ubat yang tidak habis digunakan.

Pakar Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr. Malina Osman berkata, tindakan menyim­pan ubat lama tidak patut dilakukan kerana setiap ubat yang dibekalkan oleh klinik atau hospital mempunyai tujuan merawat masalah kesihatan pesakit ketika itu sahaja.

Ramai beranggapan baki ubat yang disimpan di rumah kerana berasakan ia berguna untuk kegunaan masa hadapan jika memerlukan.

Berita berkaitan: Caj klinik mahal, terpaksa beri anak sisa ubat

Selain itu, berdasarkan tinjaun Kosmo! baru-baru ini, orang ramai memilih menggunakan sisa baki ubat disebabkan harga ubat di klinik dan farmasi terlalu tinggi sehingga ada yang tidak mampu membelinya.

Menurut Dr. Malina, setiap ubat ada tarikh luput dan cara penyimpanannya yang tersendiri.

“Ubat yang sudah tamat tarikh luput akan kurang keberkesanannya, selain berkemungkinan besar dijangkiti bakteria selain mendedahkan mereka pada keracunan atau penyakit lain.

“Pengambilan harus dikawal dan hanya diberikan mengikut nasihat doktor dan preskripsi doktor sahaja,” tambah Dr. Malina ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Mengulas lanjut, Pakar Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Mohd. Dzulkhairi Mohd. Rani berkata, keadaan seseorang individu ketika sakit mungkin akan berbeza dari sebelumnya dan memerlukan jenis ubat berlainan.

“Kemungkinan ubat yang dimakan itu tidak sesuai dengan penyakit anak-anak mereka, ubat yang paling sesuai ialah ubat yang diberikan oleh doktor mengikut keadaan semasa pesakit.

“Sebagai contoh, ubat batuk ada banyak jenis dan mungkin sebelum itu, anak berkenaan mempunyai batuk berkahak dan diberikan ubat. Namun, keadaan mungkin berbeza de­ngan penyakit terkini,” jelasnya.

Katanya lagi, setiap pesakit akan diberikan ubat mengikut peringkat umur serta kadar berat berbeza dan memerlukan sukatan tertentu untuk dimakan kerana pengambilan ubat yang tidak terkawal boleh menyebabkan rintangan terhadap penyakit dan kemungkinan penyakit menjadi lebih teruk.

“Setiap ubat mempuyai cara bertindak yang berbeza dan juga mengikut tahap penyakit.

“Umum mengetahui bahawa warga emas mempunyai fungsi buah pinggang dan hati yang terganggu atau tidak boleh berfungsi secara normal lagi kerana faktor penyakit kronik ataupun faktor umur,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN