fbpx

4,000 jemaah haji furada Indonesia gagal berangkat ke Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz pada Isnin lalu. - Kompas

JAKARTA – Seramai 4,000 bakal jemaah haji furada dari Indonesia dijangka gagal berangkat ke kota suci Mekah disebabkan kegagalan menyediakan dokumentasi permohonan visa yang lengkap, lapor laman berita Kompas semalam.

Pembatalan itu disebabkan Persatuan Penyelenggara Haji Umrah Indonesia (Sapuhi) menghadapi kesukaran mendapatkan Visa Haji Furada.

Menteri Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas berkata, beliau akan mengadakan rundingan dengan kerajaan Arab Saudi berhubung pelaksanaan haji furada melibatkan rakyat republik itu.

Haji furada adalah peluang menunaikan ibadah haji menggunakan laluan khas menerusi jemputan terus kerajaan Arab Saudi.

Menurut Yaqut, kementerian hanya boleh membantu membuat perbincangan kerana kuota pelepasan haji furada adalah kuasa penuh Riyadh.

“Tugas kementerian hanyalah untuk memberi pandangan supaya tidak berlaku sebarang halangan saat akhir.

“Oleh sebab itu, kami mohon jemaah yang menerima jemputan haji furada untuk melaporkan agar boleh disahkan kesahihannya,” ujar Yaqut.

Setakat ini, seramai 127 bakal jemaah haji furada telah dibatalkan keberangkatan ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji kerana proses dokumentasi tidak lengkap atau sah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI