fbpx
Dakwaan Nabi Muhammad s.a.w menyuruh sahabat-sahabat tetap berpuasa semasa perang adalah tidak benar, sebaliknya baginda meminta untuk berbuka. – GAMBAR HIASAN

Berhati-hati sebut sesuatu disandarkan kepada Nabi s.a.w

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Ramai penceramah ketika menerangkan semangat berpuasa mereka menyatakan bahawa lihatlah Nabi s.a.w dan para sahabat tetap berpuasa sekalipun dalam peperangan dan baginda menyuruh mereka berpuasa supaya mendapat pertolongan Allah. Benarkah demikian? JAWAPAN:
Soalan ini sering ditanya kepada saya kerana terdapat ramai penceramah yang menyebut begitu. Untuk menjawab soalan ini, mari kita baca hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim daripada Abu Sa’id al-Khudri yang menceritakan tentang sejarah Fath Makkah (Pembukaan Kota Mekah) yang berlaku dalam Bulan Ramadan:
“Kami bermusafir bersama Rasulullah s.a.w ke Mekah (untuk melakukan pembukaan Mekah) dalam keadaan berpuasa. Kami sampai di satu tempat lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Kamu semua sedang menghampiri musuh kamu sedangkan buka puasa itu lebih kuat untuk kamu.” (Kata Abu Said al-Khudri): “Maka itu satu kelonggaran (untuk terus berpuasa), maka dalam kalangan kami ada yang berpuasa dan ada yang berbuka. Kemudian kami sampai ke satu tempat yang lain lantas Rasulullah s.a.w bersabda: “Kamu sedang berhadapan dengan musuh kamu, buka puasa itu lebih kuat untuk kamu maka berbukalah.” (Kata Abu Said al-Khudri): Maka itu satu (perintah) wajib maka kami pun berbuka.
Dalam riwayat Jabir r.a:
Bahawa Rasulullah s.a.w keluar ke Mekah pada tahun pembukaan Mekah pada bulan Ramadan. Baginda berpuasa sehingga sampai Kura’ al-Ghamim. Orang ramai turut berpuasa. Lalu diberitahu kepada baginda: “Sesungguhnya puasa telah membebankan orang ramai, mereka sedang menunggu apa yang engkau akan lakukan.” Lalu selepas Asar, baginda meminta sebekas air dan meminumnya. Orang ramai masih menunggu. Ada yang berbuka, ada juga yang masih berpuasa. Apabila sampai berita kepada baginda bahawa ada orang yang masih berpuasa, baginda bersabda: “mereka itu derhaka” (Riwayat Muslim, al-Nasai, al-Tirmizi dll, lafaz ini lafaz al-Tirmizi).
Ertinya dakwaan Nabi s.a.w menyuruh sahabat-sahabat berpuasa semasa perang adalah tidak benar. Para penceramah hendaklah berhati-hati ketika menyebut sesuatu fakta berhubung dengan Nabi s.a.w.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN