fbpx

Republik Gombak gamat, kelakar sungguh!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DRAMA Republik Gombak disiarakan TV3, Isnin hingga Khamis pukul 6 petang.

SEBUT sahaja nama Amyza Aznan, automatik terbayang lakonan lucunya yang bersahaja dan mampu menggamatkan suasana.

Itu yang dilakukannya dalam drama Republik Gombak lakonan bersama Farouk Hussein, Azza Elite dan Afieq Shazwan.

Menariknya, pelbagai konten viral diselitkan dalam drama berkenaan, termasuklah gelagat merakam tarian TikTok dan single Datuk Seri Vida berjudul Ku Ikhlaskan.

Kata netizen, lakonan Amyza antara yang berjaya mencuit hati ramai sehingga tular beberapa babak drama tersebut dalam TikTok.

“Amyza ini tak pernah tidak kelakar. Sakit perut gelak,” kata netizen.

“Habis semua benda viral disumbat dalam drama ini. Kelakar sangat,” puji netizen.

Kebanyakan babak tular seperti adegan Amyza beraksi dengan fesyen ala-ala Aina Abdul berjaya meraih lebih 500,000 tontonan dalam TikTok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI