fbpx

2 jam terpisah dengan isteri ketika mendaki Bukit Jugra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pendaki yang sesat ketika mendaki Bukit Jugra berjaya ditemui anggota bomba.

KUALA LANGAT – Seorang pendaki berjaya ditemui dalam keadaan selamat selepas sesat dan terpisah hampir dua jam dengan isterinya ketika mendaki Bukit Jugra di sini hari ini.

Mangsa berusia 52 tahun dari Kepong, Kuala Lumpur itu ditemui kira-kira pukul 6.02 petang selepas dikatakan terpisah sejak pukul 4.30 petang.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 4.33 petang.

Katanya, berdasarkan maklumat awal mangsa bersama isteri mendaki untuk menuju ke rumah api Bukit Jugra.

“Pada mulanya isteri dan mangsa naik bersama, namun terpisah disebabkan kelewatan suaminya itu sehingga mangsa bertukar haluan (sesat) ke jalan yang lain.

“Mangsa bagaimanapun dapat dihubungi menerusi talian telefon dan menyatakan berada berhampiran Kampung Bandar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, mangsa kemudiannya berjaya ditemui lima kilometer dari akses masuk melalui kunci air Kampung Bandar, Banting.

Jelas Norazam, mangsa yang mengalami luka kecil itu diserahkan kepada ahli keluarganya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI