PETALING JAYA – Cahaya mata adalah penyeri bagi setiap pasangan yang bergelar suami isteri kerana perasaan teruja menimang cahaya mata tentunya membuatkan setiap pasangan tidak tidur lena.
Namun, lain pula ceritanya nasib menimpa satu pasangan apabila nama anak lelakinya didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan perkataaan Binti di mana ai sepatutnya menggunakan Bin.
Menerusi satu hantaran di laman Twitter @zt000tz berkata, dia terkejut melihat nama anak buahnya di dalam sijil beranak memggunakan ‘Binti’ walhal jantina anak buahnya ialah lelaki.
Difahamkan menurutnya, pegawai yang mengambil dan mengisi nama bayi lelaki itu telah tersilap memasukkan nama ketika proses pendaftaran dilakukan.
Rata-rata orang ramai menasihatkan agar ibu bapa melakukan semakan sebelum membuat pengesahan pendaftaran.
“Ibu bapa perlu semak nama beberapa kali sebelum daftar dalam sistem tetapi bagi kes ini, kedua-dua pihak yang melakukan kesilapan,” kata Daddy_Biggie.
“Sebab itu, perlunya pengesahan dari dua atau tiga orang bagi setiap proses dokumentasi kerana kesilapan manusia,” jelas @Huduckz
Sementara itu, @helllooooimhere berkata, dia juga pernah melalui pengalaman yang hampir serupa.
“Saya pernah mengalami situasi yang sama, selepas daftar anak perempuan, di sijil lahir tulis jantina lelaki, ingatkan salah isi borang tapi borang betul.
“Satu hal nak kena pergi JPN balik, yang paling tak best di sijil lahir itu ada nota pernah ada kesilapan sebelum ini, buruk dah sijil lahir,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE














