fbpx

Wani Kayrie elak didekati lelaki ‘pisau cukur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANI KAYRIE

PETALING JAYA – Penyanyi dan juga pelakon Wani Kayrie mengakui sering didekati lelaki untuk berkawan dengannya kerana wang selain untuk mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Malah, Wani, 22, turut berkata disebabkan rezeki melimpah-ruah yang diperoleh hari ini, bekas kekasih yang pernah menyakiti dan meninggalkannya suatu ketika dahulu turut cuma untuk kembali mendekatinya.

“Saya akui sekarang hidup saya masih solo tanpa kekasih. Bukan tidak ada yang cuba mendekati (lelaki), tapi mereka lebih kepada untuk mengambil kesempatan sebab saya berwang.

“Malah ada juga yang pernah menyakiti hati saya suatu ketika dahulu cuba untuk kembali,” ujarnya.

Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Syazwani Abdullah itu mengambil pendekatan untuk tidak cepat membuka pintu hati kerana mahu berhati-hati supaya pengalaman lama tidak berulang lagi.

Wani tahu niat seseorang itu berkawan dengannya kerana mahu mengambil kesempatan dan tidak akan membiarkan mereka berbuat sebegitu.

“Saya tidak akan berkawan dengan seseorang yang ingin berkawan dengan saya disebabkan apa yang saya ada.

“Bila saya tiada apa-apa dahulu, mereka semua tidak mahu berkawan dengan saya dan menjauhkan diri. kini bila kehidupan saya semakin selesa, ramai pula yang ingin mendekati,” ujarnya.

Ujar bekas juara pertandingan Kamilah Bintang 2010 itu lagi, dia bekerja keras pada hari ini bukan semata-mata untuk diri sendiri dan juga keluarga, tapi juga untuk membuktikan bahawa dia mampu untuk berjaya.

“Saya mahu buka mata orang-orang yang pernah memandang rendah pada saya suatu ketika dahulu.

“Malah ada juga rakan-rakan rapat sendiri pernah memperlekehkan saya dan berkata bahawa saya tidak akan berjaya sampai bila-bila.

“Saya ambil kritikan itu dan buktikan bahawa saya bukan main-main untuk menjadi artis. Saya tidak ada niat untuk riak, cuma mahu membuktikan pada orang yang pernah memandang rendah pada saya,” katanya.

Wani yang ditemui ketika program Ramadan Astro baru-baru ini juga bersyukur apabila dilantik sebagai salah seorang Duta Ramadan Raya Astro bersama beberapa barisan selebriti lain.

“Alhamdulillah saya bersyukur menjadi Duta Ramadan Raya Astro. tidak sangka sebenarnya. Nama saya masih kecil untuk dibandingkan dengan artis-artis lain.

“Difahamkan saya dipilih atas dasar kejayaan saya dalam bidang akademik. Saya anggap ini adalah rezeki saya,” ujarnya.

Sekadar info, Wani yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Undang-Undang dan Perdagangan di salah sebuah universiti swasta ada berkongsi telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan semester baru-baru inj

Sekitar Januari lalu, Wani turut berkongsi kejayaan apabila akhirnya berjaya membeli sebuah kereta idaman iaitu Mercedes-Benz CLA180 bernilai RM192,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI