fbpx
FARRELLY tidak mengunjungi hospital sebelum kemaluannya bertukar ungu gelap dan membengkak sehingga sebesar sebiji bola golf. - SWVS

Lelaki risau hilang zakar gara-gara digigit Black widow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUBLIN – Seorang lelaki khuatir kehilangan zakar apabila alat sulitnya itu digigit seekor labah-labah Black Widow ketika sedang tidur, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Fergus Farrelly berkata, dia bangun pada suatu pagi dan mendapati benjolan yang menyakitkan pada zakarnya yang kemudian terus membesar.

Kejadian dikatakan berlaku ketika Farrelly tinggal di rumah ibunya di bandar Cavan, wilayah Ulster. 

Lelaki berusia 26 tahun ini membiarkannya selama tiga hari sebelum mendapatkan rawatan perubatan apabila kemaluannya bertukar warna ungu gelap dan membengkak sehingga sebesar sebiji bola golf.

Pekerja pembinaan dari bandar Shercock di daerah Cavan, Ireland itu berkata, dia kemudian dimasukkan ke hospital selama empat hari. Doktor memberitahu tidak pernah melihat perkara itu terjadi sebelum ini.

Farrelly memberitahu dia dibekalkan beberapa jenis ubat selepas doktor di Hospital Beaumont mengesan racun labah-labah berkenaan di dalam darahnya.

Walaupun kini telah pulih, kesan gigitan labah-labah itu meninggalkan parut sepanjang dua inci di kemaluannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN