fbpx

Pekerja DBKL maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan selepas kejadian kemalangan maut di Jalan Yaacob Latiff semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan di Jalan Yaacob Latiff menghala ke bulatan Cheras di sini semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Zulkafli Chek Lah berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 malam.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila pemandu kereta jenis Perodua Myvi tiba di persimpangan lampu isyarat Jalan Yaacob Latiff.

“Ketika pemandu Myvi berkenaan hendak membelok ke kanan, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dari arah bertentangan telah melanggar kereta Myvi tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, mangsa yang berusia 26 tahun dan bertugas di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Akibat kemalangan terbabit, mangsa telah mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia dilokasi kejadian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S.Lee di talian 03-20719999 bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI