fbpx

ASEAN larang menteri luar Myanmar hadiri persidangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan siaran langsung Sidang Kemuncak ASEAN dari Bandar Seri Begawan pada 27 Oktober 2021. - AFP

PHNOM PENH, Kemboja – Junta Myanmar mengalami tamparan diplomatik baharu hari ini selepas blok serantau, ASEAN melarang diplomat kanannya daripada menghadiri mesyuarat menteri luar ASEAN yang akan datang.

Kemboja yang kini memegang jawatan pengerusi ASEAN secara penggiliran berkata, tidak banyak kemajuan dicapai berhubung Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui oleh para pemimpin ASEAN pada tahun lalu dalam usaha untuk meredakan krisis di Myanmar.

Negara itu bergolak sejak pihak tentera menggulingkan kerajaan awam pimpinan Aung San Suu Kyi setahun lalu dengan lebih 1,500 penduduk awam terbunuh dalam operasi mematahkan protes anti junta, demikian menurut sebuah kumpulan pemerhati tempatan.

“Oleh kerana kemajuan yang amat sedikit dalam melaksanakan Konsensus Lima Perkara ASEAN, negara-negara anggota ASEAN tidak mencapai persetujuan untuk mengundang Menteri Luar SAC Myanmar, Wunna Maung Lwin bagi menghadiri mesyuarat menteri luar blok tersebut yang akan datang,” kata jurucakap Kementerian Luar Kemboja, Chum Sounry.

Kerajaan tentera Myanmar menggelar diri mereka sebagai Majlis Pentadbiran Negara atau SAC.

“Kami meminta Myanmar untuk menghantar perwakilan bukan politik sebagai ganti,” kata  Chum Sounry.

Perkembangan itu berlaku selepas 10 negara anggota ASEAN mengambil langkah di luar jangkaan dengan melarang pemimpin junta Myanmar, Min Aung Hlaing daripada menghadiri sidang kemuncak blok tersebut pada Oktober tahun lalu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI