fbpx
Gambar hiasan

“Baby on board” bukan hiasan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Biasanya ketika kita memandu selalu sahaja melihat di cermin belakang kereta ada beberapa pelekat termasuklah ‘baby on board’.

Namun, bagi pemandu pelekat terbabit hanyalah sekadar hiasan semata-mata selain daripada mencantikkan kereta masing-masing.

Satu perkongsian di laman sosial Facebook Pa&Ma hari ni sedikit sebanyak telah menjelaskan fungsi sebenar pelekat tersebut yang mungkin masih ramai yang tidak tahu.

Jelasnya, pelekat tersebut mempunyai peranannya sendiri iaitu memaklumkan kepada pihak berkuasa tentang ada bayi dalam kenderaan sekiranya berlaku apa-apa bencana.

Pihak berkuasa akan segera menyelamatkan bayi terlebih dahulu sekiranya mendapat maklumat melalui pelekat tersebut.

Rata-rata orang ramai juga berpendapat mereka baru mengetahui fungsi sebenar pelekat yang menjadi pilihan kepada ‘mat-mat kereta’ itu selama ini.

“Serius, aku baru tahu fungsi pelekat ni, banyak kita lihat dekat kereta-kereta sebelum ini dan aku ingat saja-saja nak hias kereta.

“Lagi satu aku ingatkan itu amaran kepada kereta di belakang supaya jangan rapat sangat sebab ada bayi nak tidur,” jelas Nurul Amilin.

“Ok, satu ilmu baru aku dapat hari ni. Ingatkan saja-saja orang letak sebab pelekat ni pun nampak kiut dengan warnanya.

“Aku pun rasanya kena dapatkan satu pelekat ini untuk ‘standby’ kalau jadi apa-apa nanti,” jelas Mex Zulika. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN