fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat, ribut petir di empat negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat beserta ribut petir di empat negeri pagi ini.

MetMalaysia dalam laporannya di YouTube berkata, cuaca buruk yang sedang berlaku melibatkan kawasan perairan di Kelantan, Terengganu, Perak dan Selangor.

“Bagaimanapun, keadaan tersebut dijangkakan beransur reda menjelang lewat pagi nanti,“ katanya.

Di sebelah petang, MetMalaysia meramalkan hujan lebat beserta ribut petir melibatkan bahagian pantai barat Semenanjung serta di sekitar bahagian pendalaman negeri Pahang.

“Keadaan cuaca lembab juga boleh berlaku di seluruh kawasan negeri Sarawak dan di Kudat, Sabah pada petang nanti,” ujarnya.

Sementara itu, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama turut dikeluarkan bagi kawasan perairan Condore, Reef North, Sulu, Labuan dan Palawan berkuat kuasa sehingga 7 Februari.

“Sepanjang tempoh itu, keadaan perairan ini adalah merbahaya bagi kesemua aktiviti bot-bot kecil, sukan dan rekreasi laut.

“Laporan cuaca mendapati keadaan angin masih lagi bertiup kencang dengan kelajuan boleh mencapai 50 Kilometer (km) sejam dengan ketinggaian ombak mencecah 3.5 meter terutamanya melibatkan kawasan Laut China Selatan,” katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN