fbpx
NADIA mengalami stres melampau kerana terpaksa menjaga anak bersendirian selepas suami tetap berpendirian untuk bekerja di negeri kelahirannya. –GAMBAR HIASAN

K2

Istana cinta roboh akibat PJJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANYAK yang perlu kita pelajari untuk dijadikan pengajaran apabila sudah berumah tangga bagi membolehkan mahligai dibina kekal teguh hingga akhir masa.

Namun tidak semua daripada kita tabah menghadapi cabaran mendatang lebih-lebih lagi terpaksa tinggal berjauhan dengan suami ekoran tuntutan kerja.

Kisah Dari Mahkamah Syariah minggu ini mengetengahkan penderitaan batin seorang isteri yang tinggal dan bekerja berjauhan dengan suami tercinta dan akhirnya mereka berpisah ekoran stres kerana terpaksa menjaga anak bersendirian.
————————————————————————————————————————————–
DALAM perkahwinan, ada pasangan yang terpaksa tinggal berjauhan kerana faktor pekerjaan.
Nadia (bukan nama sebenar) tidak terlepas daripada berhadapan dengan situasi tersebut.

Katanya, selepas berkahwin, dia dan suami, Halim (bukan sama sebenar) menjalinkan perhubungan jarak jauh (PJJ) kerana masing-masing bekerja di negeri berbeza.

“Pada awal perkahwinan, suami berjanji untuk mencari kerja baharu di negeri saya tinggal bagi membolehkan kami hidup sebumbung,” katanya kepada K2.

Menurutnya, jika diikutkan dari segi pekerjaan mereka, Nadia memiliki kerjaya yang lebih stabil berbanding Halim.

Namun setelah hampir lima tahun berumah tangga dan memiliki seorang cahaya mata, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah.

Ini kerana, suami Nadia sentiasa berdolak-dalik ketika diajukan pertanyaan masa yang sesuai untuk berpindah tinggal dengannya.

Malah, suaminya mengatakan lebih selesa bekerja di tempat berdekatan kampung sendiri. Nadia menegaskan, menjalinkan perhubungan jarak jauh bukanlah sesuatu yang mudah bagi dirinya.

Tambahan pula, dia yang banyak menguruskan hal anak seorang diri.

“Setelah mendapat anak, saya meminta suami berhenti kerja dan mencari kerja berdekatan bagi membolehkan kami bersama-sama menguruskan anak.

“Bermacam-macam alasan diberikan olehnya. Dia mengatakan sukar untuk mencari kerja di tempat baharu dan lebih selesa bekerja di negeri kelahirannya,” jelas Nadia kesal.

Pernah terlintas di fikiran Nadia untuk berhenti kerja dan tinggal dengan Halim di kampung suaminya itu di sebuah negeri di utara Semenanjung.

Namun, dia membatalkan hasrat itu selepas berasakan dia akan kehilangan sumber pendapatan jika berbuat demikian. Apatah lagi gaji suaminya juga tidak seberapa dan hanya sekadar melengkapi keperluan asas.

Disebabkan itu, dia tertekan apabila harus menguruskan anak bersendirian di ibu kota.

“Anak saya boleh dikatakan seorang yang sangat aktif dan tidak boleh duduk diam. Setiap pagi saya perlu menguruskannya secara bersendirian sebelum masuk kerja. Boleh dikatakan saya sering lewat ke pejabat,” jelasnya.

Ujar Nadia, dia sering mengambil anaknya lewat kerana kesibukan kerja.

SELEPAS lima tahun, hubungan suami isteri antara Nadia dan Halim terlerai juga akhirnya.

Suaminya pula jarang datang bertemu dengannya dan dia yang selalu berkorban masa dan wang ringgit untuk pulang ke kampung menemui lelaki tersebut.

Nadia menjelaskan, ada ketikanya dia menangis bersendirian apabila memikirkan hal tersebut.

Disebabkan perkara itu juga, dia sering bergaduh dengan Halim kerana berasa lelaki tersebut tidak mengambil berat hal dirinya dan anak selain terlalu mementingkan diri.

Dalam pada itu, tanpa dirancang, Nadia mengandung anak kedua.

Memandangkan dia hamil, Nadia mengambil keputusan untuk menghantar anaknya untuk tinggal bersama bapanya di kampung.

Bagaimanapun, anaknya itu tidak mahu tinggal dengan datuknya dan dia terpaksa mengambilnya kembali.

“Saya semakin stres sewaktu mengandung, tambahan harus menguruskan anak seorang diri.

“Saya berkali-kali merayu agar suami datang tinggal dengan saya, tetapi dia tetap dengan keputusannya,” jelasnya.

Kerana mengalami kemurungan melampau, kesihatan Nadia terganggu sehingga dia keguguran. Hal itu membuatkan Nadia semakin marah kepada suaminya.

Sebagai jalan terakhir, Nadia membuat keputusan jika suaminya enggan berpindah juga, dia akan memohon untuk berpisah.

“Suami tetap berdegil. Akhirnya, setelah berbincang , kami mengambil keputusan untuk bercerai. Dia tidak membantah pun permintaan saya itu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN