fbpx
KEUPAYAAN membaca dalam kalangan kanak-kanak akan meningkat dengan bermain permainan video aksi sekurang-kurangnya selama dua jam seminggu. - Pexels

Permainan video aksi bantu kanak-kanak membaca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROM – Satu kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidik dari Itali dan Switzerland mendapati keupayaan membaca kanak-kanak meningkat sekiranya bermain permainan video aksi sekurang-kurangnya selama dua jam seminggu, lapor laman berita Wion News semalam.

Penyelidikan itu mengasingkan 150 pelajar sekolah di Itali berusia lapan hingga 12 tahun kepada dua kumpulan.

Satu kumpulan disuruh bermain permainan video aksi yang dicipta sendiri oleh para penyelidik dan kumpulan lain disuruh bermain permainan video yang direka untuk mengajar mereka membuat kod.

Para penyelidik memastikan mereka bermain selama kira-kira dua jam seminggu dengan mengawasi mereka selama enam minggu di sekolah. 

Kanak-kanak yang bermain permainan video aksi didapati menunjukkan peningkatan dalam kelajuan dan ketepatan membaca serta perhatian kepada bahan bacaan. 

“Kami mendapati peningkatan tujuh kali ganda dalam kawalan perhatian oleh kanak-kanak yang bermain permainan video aksi berbanding kumpulan lain,” jelas pengarang pertama kajian, Angela Pasqualotto yang merupakan pelajar ijazah kedoktoran (PhD) di Jabatan Psikologi dan Sains Kognitif, Universiti Trento di Itali. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN