fbpx

35 ladang babi diwartakan kawasan wabak ASF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa DVS membuat pemeriksaan di salah sebuah ladang babi di Paya Mengkuang, Masjid Tanah, Melaka.

JASIN – Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk mewartakan kesemua 35 kawasan ternakan ladang babi di Kampung Paya Mengkuang, Masjid Tanah serta merta bagi mengawal penularan wabak Demam Babi Afrika (ASF).

Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, pewartaan itu adalah yang pertama kali dilaksanakan di negeri ini bagi meningkatkan kawalan penularan wabak tersebut membabitkan kira-kira 45,000 ekor ternakan.

“Hasil perbincangan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Seri Negeri semalam, kita telah memutuskan untuk mewartakan kesemua 35 ladang ternakan babi di Paya Mengkuang sebagai kawasan wabak ASF.

“Pewartaan ini berkuatkuasa bermula semalam sehinggalah kawasan itu bebas daripada wabak tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Bemban Maju Jaya di Kompleks Japerun Bemban di sini, hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI