KUALA LUMPUR – Masih banyak lagi syarikat tempatan tidak mampu memanfaatkan potensi pendigitalan sepenuhnya, demikian menurut hasil kajian yang dijalankan oleh Maxis.
Kajian berhubung Penilaian Teknologi Digital 2020 yang dijalankan oleh International Data Corporation (IDC) menunjukkan bahawa antara faktor kelemahan tersebut adalah kerana syarikat-syarikat berkenaan tidak memiliki strategi jangka panjang untuk mengubah perniagaan.
Menurut kajian berkenaan, meskipun 93 peratus syarikat tempatan telah melaksanakan perkhidmatan awan dan permintaan terhadapnya semakin kukuh tetapi syarikat tidak dapat meraih keuntungan akibat cabaran migrasi selain kurangnya bakat dan kesedaran mengenai perkhidmatan tersebut.
Malah, lebih dari separuh responden kajian berkenaan masih beroperasi menggunakan infrastruktur tradisional.
Mengulas mengenai hasil kajian tersebut, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis, Paul McManus berkata, pihaknya telah menggariskan enam penyelesaian korporat bagi menyokong perniagaan dalam merangka transformasi digital secara komprehensif.
Penyelesaian berkenaan adalah Managed Cloud, Pembuatan Pintar, Keselamatan Pintar, Managed UC, Managed SD-WAN dan Jalur Lebar Atas Permintaan.
“Transformasi digital menjangkau lebih daripada sekadar penggunaan teknologi baharu, tetapi ia melibatkan perubahan lengkap dalam organisasi yang bermula daripada sistem teknologi maklumat kepada proses dan juga pekerja,” katanya.
Beliau berkata demikian pada taklimat media sempena pelancaran kempen Transformasi Semula Perniagaan Maxis yang diadakan di sini semalam.
Syarikat tempatan masih belum manfaatkan pendigitalan sepenuhnya
- Oleh MUHAMMAD IKHWAN IDERIS
- 3 September 2020, 8:57 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

AI bantu tarik minat generasi muda terhadap seni kaligrafi
6 Julai 2026, 11:15 pm

MCMC lengkapkan kerangka Akta 866, platform digital perlu lebih proaktif
2 Julai 2026, 11:46 am

Wilayah Agrobank ke Kuala Perlis
1 Julai 2026, 9:17 am

Sastera Melayu tak wajar jadi pilihan terakhir
30 Jun 2026, 8:11 am

Cuti sekolah dimanfaatkan dengan ilmu kewangan
24 Jun 2026, 8:26 am

Promosi jenama Nothing warnai wajah Bukit Bintang, KL
21 Jun 2026, 4:57 pm

EMI serah royalti pada keluarga Sudirman
19 Jun 2026, 8:28 pm








