fbpx

Banjir: 386 lagi mangsa di Johor dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memindahkan penduduk di Kampung Awat, Segamat yang dilanda banjir, hari ini. /FOTO IHSAN BOMBA

JOHOR BAHRU – Seramai 386 lagi penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini apabila rumah mereka ditenggelami banjir setakat pukul 2 petang ini.

Angka itu menjadikan keseluruhan 842 mangsa daripada 242 keluarga berlindung di 12 PPS yang dibuka di Segamat sejak pukul 8.30 malam tadi.

Empat PPS terbaharu adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Anam yang menempatkan 220 mangsa dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Tah Kang Gemas Baru dengan 134 mangsa.

Seramai 17 lagi mangsa ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Awat Batu Anam dan tujuh lagi di PPS Balai Raya Taman Bukit Lentang Gemas Baru.

Lapan lagi mangsa diarah berpindah ke SRJK (C) Ai Chun menjadikan keseluruhan di PPS itu seramai 168 orang, manakala PPS lain yang dibuka lebih awal di daerah itu mencatatkan jumlah mangsa yang sama.

PPS SK Kampung Tenang di Labis kekal menjadi lokasi yang tertinggi menempatkan 233 mangsa daripada 73 keluarga di kampung terbabit. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI