fbpx
Pasangan pengantin ini hanya menunjukkan tangan mereka sepanjang rakaman video perkahwinan. - TikTok

Video perkahwinan unik hanya tunjuk tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Video sepasang pengantin yang hanya menampilkan tangan dalam video perkahwinan mereka tanpa mendedahkan wajah menjadi tular di media sosial Indonesia baru-baru ini, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video tersebut dikongsikan oleh pengguna TikTok dengan nama @.mcwedding.

Dalam video tersebut, jurugambar hanya merakam tangan pasangan pengantin tersebut bermula dari proses akad nikah sehingga mereka menunjukkan sijil nikah.

Malah, ketika mengambil gambar dengan perancang perkahwinan, pasanga itu dilihat merakam gambar dalam keadaan menghadap ke belakang.

Konsep video unik itu sudah ditonton lebih 1.5 juta kali dengan netizen meninggalkan pelbagai komen, serta rata-ratanya menyuarakan syak wasangka terhadap pengantin lelaki yang mungkin berstatus suami orang.

“Saya curiga, bila ya pernikahannya? Kerana suami saya juga keluar semalam,” komen seorang netizen.

Bagaimanapun, beberapa orang netizen tetap menyokong konsep pengantin yang menjaga privasinya.

“Sila hormati privasi setiap orang. Bukan semua orang yang enggan memuat naik gambar mereka adalah suami atau isteri orang,” komen seorang netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN