fbpx

Wanita berhubungan intim, rosakkan sinki restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kathryn Trammel, 37, dituduh melakukan hubungan seks bersama teman lelakinya di dalam bilik air restoran Irish 31 di Seminole, Florida. – The Sun

MIAMI, FLORIDA – Seorang wanita didakwa menyebabkan kerosakan pada sinki sebuah restoran semasa melakukan hubungan intim bersama teman lelakinya, lapor akhbar The Sun semalam.

Kathryn Trammel, 37, dituduh melakukan perkara tersebut di dalam bilik air selepas ditangkap pemilik restoran Irish 31 di Seminole, Florida, lapor laman berita The Smoking Gun.

Menerusi pertuduhan  di mahkamah oleh pemilik restoran, Trammel didakwa telah menyebabkan kerosakan berjumlah AS$500 (RM 2,111.25) dalam kejadian pada Selasa lalu.

Trammel dan teman lelakinya diminta meninggalkan tempat itu selepas perbuatan mereka diketahui oleh seorang pekerja restoran.

‘’Defendan dan rakannya meninggalkan bilik air lalu duduk di bar restoran,’’ kata timbalan syerif. 

Laporan polis mendapati, Trammel mengaku dia bersama rakannya melakukan hubungan intim di dalam bilik air sehingga menyebabkan sinki pecah dan dinding rosak.

Trammel dibebaskan setelah berjanji menuruti perintah mahkamah.

Laporan polis menyatakan bahawa teman  lelaki Trammel tidak didakwa atas kesalahan terbabit. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI