PETALING JAYA – Peminat buah laici pastinya teruja jika dapat menikmati hidangan makanan berasaskan buah tersebut di Union Artisan Coffee yang kini terdapat di 20 lokasi cawangannya termasuk di beberapa pusat beli-belah popular di Lembah Klang.
Pengasas dan Pengarah Urusan Union Artisan Coffee, Tham Lih Chung berkata, melalui menu yang unik dengan menggunakan buah laici, ia akan memberi kelainan daripada menu pembuka selera hingga kepada pemanis mulut.
“Melalui menu yang unik serta lain daripada yang lain, kami sentiasa ingin membuat pelanggan kami berasa teruja.
“Inilah yang dimaksudkan dengan menu Lychee Craze, menggunakan kopi buatan kami sendiri digabungkan bersama makanan yang berkualiti untuk menaikkan selera anda,” katanya dalam kenyataan.
Lih Chung menjelaskan, menu baharu itu menawarkan Black (Eyed) LyChee menggabungkan campuran kopi hitam yang baru dibancuh bersama sedikit laici bersesuaian kepada mereka yang menggemari minuman pahit manis yang ditambah dengan rasa buah-buahan.
Bagi penggemar pencuci mulut, Lychee Berry Toast menampilkan klasik french toast dengan sentuhan krim laici selain ditambah dengan kepingan laici segar dan strawberi yang dihidangkan bersama aiskrim vanila.
Terdapat juga Zesty Seared Chicken Chop dengan kentang bakar bersama nenas karamel dan brokoli tumis ditambah dengan hirisan laici.
Selain itu, Lychee Sweet & Sour Chicken Rice menampilkan kombinasi sempurna dengan keunikan ayam goreng rangup yang disaluti sos laici berperisa masam manis, dihidangkan bersama sesenduk nasi.
“Bagi peminat makanan laut pula, Union Artisan Coffee menampilkan ikan siakap dengan Lemon Lychee Beaurre Blanc untuk memberi rasa pedas.
“Menu Lychee Craze dilengkapi dengan menu Prawn to be Wild, hidangan udang harimau goreng disalut dengan serbuk roti panko Jepun yang rangup dan dihidang bersama salad timun laici sebagai hidangan tambahan,” jelasnya.