fbpx
Seorang penduduk Kampung Pulau Raja, Kubang Kerian di Kota Bharu kehilangan barang kemas dipercayai dicuri anak kerak kelmarin.

Barang kemas lesap dicuri anak kerak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang penduduk di Kampung Pulau Raja, Kubang Kerian di sini, mendakwa menjadi mangsa terbaharu jin yang dikenali sebagai anak kerak apabila kehilangan barang kemas.

Mangsa yang dikenali sebagai Nor, 40, berkata, dalam kejadian kelmarin, seutas gelang emas dan sebentuk cincin bernilai ribuan ringgit miliknya yang di­simpan dalam peti besi tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan.

Nor berkata, dia percaya kehilangan barangan itu dipercayai angkara perbuatan tarik duit menggunakan anak kerak kerana peti besi yang merupakan tempat simpanan barang emas tersebut tiada kesan umpil.

“Selain itu, tiada kesan pecah masuk pada tingkap dan pintu rumah yang menunjukkan ada penjenayah memecah masuk rumah ini.

“Sebelum ini, saya ada terde­ngar cerita mengenai toyol dan anak kerak mengambil wang, namun berbeza pula de­ngan nasib saya kerana makhluk halus tersebut mengambil barang kemas,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Berita berkaitan: ‘Kerja jahat’ anak kerak, bukan toyol

Berita berkaitan: Toyol hitam berbulu buat onar, curi duit penduduk

Menurut Nor, meskipun me­ngalami kerugian, dia tidak mahu menuding jari kepada sesiapa, namun tetap percaya kejadian tersebut bukan disebabkan oleh perbuatan penyamun.

Ujar wanita itu, dia tidak reda dengan perbuatan menggunakan makhluk halus sekiranya benar-benar menjadi mangsa kerana ia dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab yang mahu mendapatkan wang cara mudah.

“Saya masih belum terfikir untuk membuat laporan polis kerana tiada bukti menunjukkan rumah saya dipecah masuk,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan kes kehilangan wang yang menghantui penduduk di tiga buah kampung di Kubang Kerian di sini sejak Februari lalu akhirnya terjawab apabila dipercayai ia angkara jin yang dikenali sebagai anak kerak.

Perkara itu didedahkan oleh pengamal perubatan Islam, Sharifuddin Sulaiman, 53, selepas beliau melakukan upacara baru-baru ini bagi mengetahui punca kejadian yang menjadi tanda-tanya dalam kalangan penduduk kampung sejak sembilan bulan lalu.

Makhluk halus yang mempunyai ciri-ciri fizikal seperti toyol itu dibela seorang penduduk di salah satu daripada tiga kampung tersebut bagi mendapatkan wang dengan cara mudah.
Pemilik anak kerak dipercayai sudah mengaut banyak hasil daripada kegiatan tarik duit tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN