fbpx
PS5 bukan lagi gajet yang asing dalam kalangan ‘kaki game’, malah memiliki alat permainan video itu seperti satu kegilaan. – GAMBAR HIASAN

Ahli perniagaan, pegawai bank antara terperdaya beli PS5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur mengesahkan sudah menerima empat laporan polis yang dibuat empat mangsa yang dipercayai terperdaya membeli alat permainan video, PlayStation 5 (PS5) daripada seorang individu.

Ketua JSJK Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Mahidisham Ishak berkata, kese­luruhan jumlah kerugian setakat ini berjumlah RM30,900.

“Kesemua mangsa terperdaya ketika membuat pembe­lian PS5 melalui satu akaun In­stagram milik seorang lelaki.

“Mangsa terdiri daripada pelajar yang kerugian RM2,800, seorang ahli perniagaan (RM19,600), pegawai bank (RM2,800) dan pekerja teknologi maklumat (RM5,700),” kata­nya ketika dihubungi Kosmo! .

Sementara itu, di Pulau Pinang, individu yang didakwa menjual PS5 terbabit dikatakan turut membuat satu laporan di Balai Polis Kepala Batas malam kelmarin.

Lelaki itu bertindak sedemikian selepas beberapa individu pergi ke rumahnya untuk menuntut kembali wang.

Individu terbabit juga mendakwa, dia telah membuat pembayaran kepada pembekal PS5 di Kuala Lumpur sebanyak RM600,000, namun sebahagian stoknya mengalami kelewatan tiba di negara ini.

Difahamkan, lelaki itu juga sedang menunggu 2,000 unit PS5 daripada pembekal sebelum diserahkan kepada pembeli dan berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut dalam tempoh dua minggu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN