fbpx

Enam kluster baharu dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sejumlah enam kluster baharu dikenal pasti melibatkan lima kluster tempat kerja dan satu kluster pendidikan tinggi dilaporkan di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kuala Lumpur dan Perak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan baharu mencatatkan 5,403 kes dengan 25 kes import menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 2,516,255 kes.

“Daripada kes harian yang dilaporkan, sebanyak 102 kes (1.9 peratus) kategori tiga, empat dan lima serta 5,301 kes (98.1 peratus) kategori satu dan dua.

“Terdapat 5,311 kes sembuh dengan keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,425,054 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, sebanyak 545 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 270 memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI