fbpx
THWAITES menjiwai kehidupan sebagai kambing sepenuhnya selama tiga hari termasuk meragut rumput seperti haiwan itu.

Jadi ‘kambing’ ubati kemurungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELBAGAI cara dilakukan oleh manusia di serata dunia bagi mengatasi masalah kemurungan akibat stres dalam menjalani kehidupan seharian, termasuk perkara yang tidak masuk akal serta digelar tidak siuman oleh orang di sekeliling.

Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki berusia 40 tahun di  kawasan pergunungan Alps, Switzerland dengan memilih untuk menjadi ‘kambing’ bagi menghilangkan stres dan kemurungan yang dihidapinya.

Thomas Thwaites yang berasal dari Britain berbuat demikian dalam masa tiga hari, dia  bukan sahaja bergaul dengan sekawan kambing, Thwaites juga makan dan tidur di atas hamparan rumput sama seperti haiwan tersebut.


THOMAS THWAITES, 40, kelihatan merangkak sambil mendaki kawasan pergunungan Alps di Switzerland bersama sekumpulan kambing. Sekali-sekala, lelaki yang berasal dari Britain itu berhenti bagi menghela nafas sebelum meneruskan pendakian.

Biarpun Thwaites mengakui berasa letih, namun dia langsung tidak menyesal dengan tindakannya untuk menjadi seekor kambing selama tiga hari. Bukan sahaja bergaul dengan sekawan kambing, Thwaites juga makan dan tidur di atas hamparan rumput sama seperti haiwan tersebut.

Ada yang menyifatkan kelakuan Thwaites sebagai kurang siuman, namun lelaki ini sama sekali menidakkan dakwaan tersebut. Tambahan pula keputusan tersebut dibuat oleh Thwaites kerana mahu lari daripada masalah kemurungan yang dihadapinya ekoran tekanan hidup.

“Saya tidak berasakan ini satu kerja gila walaupun pada dasarnya memang pelik. Bagi saya, kambing merupakan makhluk yang bahagia, bebas dan hidupnya tidak diselubungi masalah.

“Pada mulanya saya berhasrat untuk menjadi seekor gajah. Tetapi apabila memikirkan saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan gajah dari segi persekitaran mahupun sejarah dan budaya, saya mengambil keputusan untuk menjadi seekor kambing.

“Biasanya saya melihat gajah di zoo sahaja berbanding kambing yang boleh dilihat di kawasan kejiranan desa. Atas faktor tersebut, kambing menjadi pilihan dalam eksperimen ini,” katanya.

Benar-benar menjiwai kehidupan sebagai seekor kambing, Thwaites malahan turut mengenakan sut menyerupai haiwan berkenaan yang ditempah khas.

Secara total, Thwaites membelanjakan kira-kira £2,500 (RM14,245) untuk kos keseluruhan sut iaitu £1,500 (RM 8,547) bagi membuat kaki depan dan £1,000 (RM 5,698) bagi kaki belakang.

“Agak sukar menjadi seekor kambing dan menuntut kekuatan fizikal serta mental lebih daripada apa yang saya bayangkan.

“Jari dan tangan saya dipanjangkan untuk cuba meniru bahagian kaki hadapan kambing. Begitupun saya masih lagi hilang keseimbangan kerana tidak biasa memiliki bahagian anggota hadapan yang panjang.

LELAKI berasal dari Britain ini menyifatkan menjadi kambing membuatkan dirinya tenang.

“Bergerak pantas di kawasan pergunungan Alps yang curam dan menakutkan serta perlu menuruni bukit sememangnya satu aktiviti yang sukar dari segi psikologi dan fizikal.
Biarpun begitu saya bernasib baik kerana mampu mendaki dan menuruni bukit dengan mudah,” ceritanya.

Bergerak bersama puluhan ekor kambing, cerita Thwaites dirinya tidak lari daripada dipandang aneh oleh kambing-kambing tersebut. Lebih menyeramkan apabila dia pernah hampir diserang oleh sebahagian daripada haiwan itu.

“Insiden tersebut berlaku pada hari pertama sebaik saya di atas bukit, sekumpulan kambing yang sedang leka meragut rumput tiba-tiba merenung ke arah saya. Situasi tersebut membuatkan saya kecut perut.

“Saya tahu jika silap langkah, kawanan berkenaan boleh menyerang saya dengan tanduk. Pada waktu itu saya terfikir bagaimana mahu menyelamatkan diri jika diserang?

“Apapun saya bersyukur kerana insiden tersebut tidak berlaku. Saya berjaya menjadi sekutu kambing dan berjalan-jalan bersama mereka seperti sekumpulan kawan,” ujarnya penuh kelegaan.

Biarpun dipandang aneh, namun Thwaites berkata, dia mempelajari sesuatu daripada pengalamannya sebagai seekor kambing. Selain mampu membuatkan dirinya tenang, Thwaites dapat memahami kehidupan sebenar kambing-kambing tersebut.

“Banyak yang saya pelajari daripada haiwan hebat ini. Saya dapati mereka cenderung mengeluarkan bunyi apabila gelisah atau memanggil anak.

“Selebihnya, mereka hanya diam dan menggunakan deria bau serta postur badan untuk berkomunikasi,” tambahnya.

BUKAN sahaja manusia hairan dengan tindakan Thwaites, bahkan ada kambing yang turut memandangnya aneh sehingga nyaris lelaki itu diserang.

Bergelar seekor kambing selama tiga hari, Thwaites mengharapkan untuk menjadi kambing dalam tempoh yang lebih lama lagi.

Selain tidak perlu bimbang akan masalah harian, fikirannya juga lebih relaks dan dapat menikmati keindahan alam semula jadi dalam cara yang lebih natural.

Begitupun menurut Thwaites lagi, dia kini merancang untuk menjalani kehidupan sebagai seekor kambing buat kali kedua.

Dia juga giat memperbaiki sut yang ditempahnya supaya lebih selesa bergerak ketika merangkak dan mendaki bukit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN