fbpx

Semoga saya dapat teman awak sampai syurga – Elyana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELYANA mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Khairul selama 11 tahun.

PETALING JAYA – Bersempena ulang tahun perkahwinan ke-11, tiada apa yang diharapkan penyanyi Elyana selain mahligai suci yang dibina kekal utuh dan berpanjangan.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram, Elyana turut memohon maaf kepada suaminya, Khairul Anwar kerana perkahwinan mereka selama ini hanya diuji dengan sakit dan derita disebabkan kanser yang dialaminya.

“Bulan depan anniversary (ulang tahun perkahwinan) kita yang ke-11 tahun. Saya sakit dah 10 tahun.

“Umur awak pulak nak masuk 46 tahun. Umur kita beza 12 tahun. Tapi bertahun-tahun, di hati saya awak tetap nombor 1,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 34, turut menitipkan ucapan terima kasih buat suaminya yang sudi menjadi teman hidupnya di dunia.

“Terima kasih sudi jadi teman saya di dunia. Semoga saya dapat teman awak di syurga,” katanya lagi.

Menjengah ruangan komen, perkongsian pelantun lagu Diriku Tapak Sulaiman itu ternyata meruntun hati dan jiwa netizen.

“Sedih dan hibanya baca. Semoga Kak El dan suami dikurniakan jodoh berpanjangan,” doa seorang netizen.

Terdahulu, Elyana dan keluarganya terharu selepas dikunjungi pendakwah terkenal, Ebit Lew sekali gus menyifatkan kunjungan tersebut sebagai satu suntikan untuknya terus melawan kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya.

Elyana dan Khairul Anuar mendirikan rumah tangga pada 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Cinta Sumayyah, 10, dan seorang anak angkat, Cahaya Ramadhani, 2. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI