fbpx
Ahli keluarga arwah tidak dapat menahan sebak selepas mendapat perkhabaran kematian Che Ramli di pekarangan Hospital Gua Musang hari ini. - Foto AIMUNI TUAN LAH

Wartawan sambilan mati mengejut selepas tugasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seorang wartawan sambilan meninggal dunia selepas pengsan di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda sewaktu dalam perjalanan dari tempat tugasan di Kampung Pulai di sini hari ini.

Mangsa, Che Ramli Ibrahim, 62, yang merupakan wartawan sambilan Media Prima Berhad tidak sedarkan diri kira-kira pukul 3 petang selepas selesai tugasan di sebuah kebun buah-buahan di kawasan berkenaan.

Rakan mangsa yang juga jurukamera sambilan, Sharuddin Ibrahim, 59, berkata, sebelum kejadian, mangsa mengadu dia telah muntah dan pening kepala.

Katanya, mangsa yang keletihan meminta untuk berehat di dalam kenderaan kerana kepalanya pening.

“Ketika dalam perjalanan pulang, arwah menaiki sebuah kenderaan lain milik seorang lagi pekebun.

“Saya dimaklumkan arwah yang duduk bersandar di bahagian penumpang hadapan tiba-tiba pengsan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Hospital Gua Musang di sini untuk rawatan lanjut,” katanya.

Allahyarham Che Ramli

Sharuddin berkata, arwah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sekitar pukul 4 petang tadi.

Katanya, sebelum menghadiri tugasan di kawasan kebun berkenaan, keadaan arwah sihat dan ceria seperti biasa.

“Keluarga memaklumkan arwah menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi sejak beberapa tahun lalu.

“Mayat arwah akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Lembaga di sini selepas solat Isyak,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN