fbpx
Kuali atau perkakasan dapur yang telah calar dan rosak sepatutnya tidak boleh digunakan lagi.

Bahaya kuali, periuk anti lekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penggunaan kuali anti lekat yang semakin menjadi kegemaran ramai didakwa pakar kesihatan akan memudaratkan kesihatan sehingga menjadi penyebab kanser jika menggunakan peralatan itu yang telah rosak.

Penggunaan peralatan itu dalam tempoh lama sehingga lebih 10 tahun juga turut akan menjejaskan kesihatan kita.

Mendedahkan perkara itu, pakar perubatan, Prof. Datuk Dr. Noordin Darus berkata, kekerapan penggunaan kuali dan periuk anti lekat boleh menyebabkan pelbagai penyakit khususnya kanser berikutan lapisan bahan kimia pada alatan itu.

Katanya, risiko bahaya itu wujud selepas berlakunya kerosakan atau garis pada permukaan alatan anti lekat itu.

“Apabila ada kecatatan seperti garisan pada permukaan kuali atau periuk terbabit, di situlah wujudnya bahaya kerana lapisan itu mengandungi plastik atau digelar sebagai ‘polimer’.

“Lebih membimbangkan, ramai pengguna kini terdedah de­ngan risiko kanser kerana dilihat masih menggunakan alatan itu untuk memasak walaupun lapisan anti lekat sudah rosak,” katanya kepada Kosmo!.

Jelasnya, lapisan anti lekat pada alatan terbabit turut me­ngandungi beberapa bahan ki­mia berbahaya antaranya politetrafluoroetilena (PTFE) dan asid perfluorooctanoic (PFOA).

Noordin

“Proses memasak pada suhu melebihi 298 Celcius dengan masa sekitar 20 minit menggunakan alatan anti lekat disadur PTFE akan memberikan kesan langsung kepada kesihatan.

“Antara kesan awal yang dirasai pengguna akibat tindak balas bahan itu itu termasuklah mudah berasa pening, batuk, suhu badan tinggi serta demam,” ujarnya.

Katanya, kesan jangka panjang pula akan menyebabkan pengguna terdedah kepada risiko pe­nyakit kritikal seperti kerosakan otak dan gangguan paru-paru.

“Kesan daripada bahan kimia PFOA pula jadi penyebab pe­nyakit kanser se­perti payudara, ovari dan prostat dalam tempoh jangka masa panjang.

“Biasanya pengguna tegar alatan anti lekat hanya memerlukan masa sekitar lima ke 10 tahun sahaja untuk terima kesan negatif seperti kanser,” tegasnya.

Sementara itu, pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam, Dr. Hanafiah Bashirun menjelaskan, dua bahan kimia yang membentuk lapisan anti lekat memang berisiko penyebab kanser.

“Jika ragu-ragu gunalah kuali biasa sahaja,” nasihatnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN