fbpx

Empat ditahan terlibat kes penipuan tawaran kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang dirampas daripada empat suspek dalam serbuan di sebuah apartmen di Bentong hari ini.

BENTONG – Polis berjaya menahan empat lelaki warganegara tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes penipuan tawaran kerja dalam talian e-dagang dalam satu serbuan di sebuah apartmen di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari itu polis turut merampas sejumlah barangan seperti kad sim, komputer riba dan juga telefon bimbit.

“Kesemua suspek yang berumur 20 hingga 29 tahun ditahan reman selama dua hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek terlibat dengan sindiket penipuan tawaran kerja pembelian dalam talian e-dagang yang beroperasi sejal awal bulan ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham berdasarkan siasatan awal suspek menggunakan laman media sosial Facebook untuk mengiklankan tawaran kerja kepada orang awam yang kemudiannya akan menghubungi suspek.

“Modus operandi suspek adalah menawarkan peluang pekerjaan sampingan ‘easy money’ kepada orang awam untuk menjadi ejen pembelian dalam talian pelbagai ‘online shopping hub’.

“Suspek juga akan memperdaya mangsa dengan menjanjikan bayaran yang dibuat mangsa akan dipulangkan balik bersama komisen pembelian bergantung kepada jumlah bayaran mangsa,” katanya.

Sementara itu beliau menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada dengan sindiket tawaran kerja pembelian dalam talian e-dagang yang sangat aktif ketika ini.

Ujarnya, sebarang pertanyaan atau maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong ditalian 09-2222222 atau menghubungi balai polis berhampiran. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI