fbpx
PEMAIN KDA FC, Renan Alves cuba melepasi halangan pemain Melaka United FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, Am,or Setar malam kelmarin.

Kejayaan manis Helang Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

KEPAYAHAN dilalui Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam pelbagai aspek berbanding pasukan bertaraf mewah di negara ini menjadikan kejayaan mengekalkan kedudukan naib juara Liga Super untuk tempoh dua tahun berturut-turut lebih manis.

Ketua jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak berkata, berbanĀ­ding pasukan lain yang memiliki kelab feeder seperti Selangor FC, Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT), pasukan bimbiĀ­ngannya hanya memiliki 25 pemain pada awal musim.

ā€œSelepas itu kita lihat bagaiĀ­mana satu demi satu masalah meĀ­nimpa termasuk kecederaan. Syazwan Tajuddin contohnya, terpaksa diketepikan kerana keceĀ­deraan panjang manakala Rozaimi Abdul Rahman pula berdepan masalah keluarga hinggaĀ­ tidak lagi bersama pasukan.

ā€œKemudian, ada pula pemain kami dijangkiti Covid-19 hingga menyebabkan perlawanan membabitkan pasukan ini ditunda. Bermula dari situ, jadual kami cukup padat hingga perlu bermain hingga sembilan perlawanan dalam tempoh sebulan.

ā€œKetika liga hampir berakhir, kami kehilangan pula dua pemain import iaitu Kpah Sherman dan Rabih Ataya yang mempunyai tugasan bersama skuad kebangsaan masing-masing. Jadi boleh saya katakan, pasukan ini hanya memiliki 21 pemain termasuk tiga penjaga gol untuk melalui aksi padat dalam perjalanan untuk meraih slot ke Piala Asia,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pasukannya membenam MelakaĀ­ United 4-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada malam kelmarin.

Dua daripada empat gol KDA FC dihasilkan penyerang import Ivory Coast, Kipre Tchetche pada minit ke-23 dan 29 sebelum kapĀ­ten pasukan, Baddrol Bakhtiar bersama pemain gantian, Mohd. Fayadh Zulkifli menambah jariĀ­ngan pada minit ke-66 dan 68.

Gol tunggal Melaka United pula dihasilkan penyerang import dari Brazil, Adriano Aparecido Narcizo pada minit ke-59.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Ā 

TERKINI

BERITA BERKAITAN