fbpx
Kematian ketika kuarantin kendiri di rumah. - Gambar hiasan

86 peratus kes BID tidak dapat bantuan perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,200 kes atau 86 peratus kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) yang dilaporkan sehingga Ogos lalu didapati tidak memperoleh bantuan perubatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, jumlah itu adalah daripada keseluruhan 2,417 kes BID yang dilaporkan bagi tempoh sama.

“Hanya 217 atau 14 peratus kes BID yang berada di bawah jagaan Kementerian Kesihatan (KKM) dan pengamal perubatan swasta,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Untuk itu, beliau berkata, KKM akan berusaha mengurangkan kes BID dengan mempertingkatkan jumlah pemantauan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) serta fasiliti awam dan swasta lain.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin berkata, kematian membabitkan individu lengkap menerima vaksin Covid-19 adalah 0.009 peratus daripada keseluruhan populasi yang telah divaksin.

Katanya, majoriti kes terbabit didapati mempunyai sejarah komorbid dan berusia 60 tahun ke atas yang menjadi penyumbang kepada faktor kematian. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN