PETALING JAYA – Ribut petir serta hujan lebat diramal melanda beberapa kawasan di lima negeri pada pagi ini iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di laman Facebook memaklumkan, bagi negeri Sabah ia membabitkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort).
Ia juga melibatkan kawasan di Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Kudat (Kota Marudu).
Keadaan ribut petir dan hujan lebat tersebut dijangka akan berlarutan sehingga pukul 9 pagi hari ini.
Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan nasihat Ribut Tropika (Conson) yang kini berada kira-kira 164 kilometer (KM) ke barat daya Dagupan City, Filipina.
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, kedudukan terkini ribut Tropika berkenaan berada di latitud 15.8 utara dan longitud 118.8 timur.
Kelajuan angin dijangka boleh mencecah sehingga 83 km sejam dan jarak dari bandar terdekat ialah di Sabah kira-kira 1,014 km ke Timur Laut Kudat, Sabah.
Bagaimanapun, tiada kesan signifikan dijangka berlaku di negara ini. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929














