BAGI merancakkan industri sinematik tempatan yang semakin layu ditekan pandemik Covid-19, syarikat produksi kandungan, syarikat produksi kandungan, Zebra Studio Sdn. Bhd. dan syarikat hiburan terkemuka di Asia Pasifik, Tremendous Entertainment telah menandatangani perjanjian usaha sama multi-filem.
Menerusi pemeteraian kerjasama tersebut, pasukan tersebut nekad mau melunaskan komitmen menghasilkan bersama 12 filem dalam tempoh 24 bulan akan datang.
Usaha yang dilakukan bukan sahaja akan memberi dorongan kepada industri filem dan produksi tempatan, tetapi juga akan memberi peluang untuk kandungan Malaysia dipersembahkan di peringkat antarabangsa.
“Tremendous Entertainment adalah syarikat terkemuka dalam penghasilan konten hiburan di kedua-dua ruang pentas dan media. Dengan kekurangan konten hiburan secara langsung dalam keadaan pandemik, kami mengambil kesempatan ini untuk fokus kepada industri media kami dalam 18 bulan ini.
“Penghasilan filem-filem dengan Zebra Studio adalah sebahagian daripada strategi pertumbuhan kami untuk memanfaatkan bakat dan infrastruktur yang lebih kukuh di Malaysia untuk menghasilkan konten filem bertaraf antarabangsa”, kata Pengerusi Tremendous Entertainment, Datuk Jared Lim.
Malaysia punya potensi – Lim
Ujar Lim, dia percaya banyak bakat serta karya anak Malaysia perlu diberikan perhatian sewajarnya dunia dan itulah yang pihaknya dan Zebra Studio sedang lakukan menerusi kerjasama yang ditandatangani.
“Perjanjian ini menuju kepada visi kami untuk memperluas Tremendous ke arah pendigitalan ketika kami beralih dari pameran acara “stage play” untuk menghasilkan kandungan media digital dan sekarang ke filem.
“Kami teruja dapat bekerjasama dengan CL Hor dan Sara Nattaya Azmi dari Zebra untuk menghasilkan dan membikin 12 filem. Saya percaya bahawa kandungan yang dihasilkan oleh Malaysia berpotensi tinggi untuk berjaya di peringkat antarabangsa,” kata Lim.
Dalam pada itu, Pengasas dan Penerbit Eksekutif Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi berkata, dengan penghasilan 12 filem dalam jangka waktu yang disebutkan dapat memberikan anjakan paradigma kepada industri perfileman negara untuk terus berkembang.
“Tremendous Entertainment adalah salah satu syarikat hiburan terkemuka di Asia Pasifik yang telah menghasilkan dan mempersembahkan beberapa judul hiburan paling terkenal di dunia.
“Dengan usaha sama ini, kami berharap penghasilan 12 filem ini dapat membantu membina semula dan memudahkanPerjanjian 12 filem dalam tempoh dua tahu pemulihan industri perfileman tempatan.
“Perkara itu akan membolehkan kami bersama-sama mencipta lebih banyak kandungan global dengan tujuan untuk mendapatkan sorotan antarabangsa mengenai filem dialek khas seni dan budaya Malaysia. Selain itu, dapat memberi peluang kepada seniman tempatan kita untuk berjaya di peringkat global,” ujar Sara.
Lima filem dialek Melayu
Tremendous Entertainment dan Zebra Studio akan menghasilkan lima filem dialek Melayu di sekitar Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan dan Selangor, dan empat filem tempatan dialek Cina yang difokuskan di Perak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.
Di samping itu, akan ada tiga filem tempatan berbahasa Inggeris yang akan dihasilkan bersama dan difilemkan di negara jiran termasuk Korea, China, Indonesia dan India.
Filem pertama dari 12 filem telah selesai dan penggambaran untuk filem kedua akan bermula pada bulan September 2021 ini dengan penerbitannya bermula pada bulan Oktober 2021.
Diketuai oleh pengarah yang sudah memenangi banyak anugerah antarabangsa, CL Hor, Zebra Studio mempunyai ekosistem pengeluaran yang dilengkapi dengan teknologi terkini mulai dari kemudahan audio hingga pos-produksi dan kesan visual.
Bersinergi dengan pasukan kreatif yang mahir dari Zebra Pixel yang diketuai oleh Penyelia VFX Hollywood Jae Cheol Hong, Zebra Studio dan Pixel dapat memperkaya kandungan Malaysia melalui penghasilan dan konseptualisasi kandungan inovatif di platform media tradisional dan baru.
Sehubungan itu, CL berkata: “Ini adalah produksi bersama syarikat filem tempatan pertama yang berlaku selama lebih dari satu abad di industri filem Malaysia. Dengan inisiatif ini, kami ingin memberikan harapan dan sokongan kepada rakan-rakan industri kami semasa wabak ini merebak.
“Konsep saya adalah untuk membawa kandungan tempatan untuk dipasarkan di peringkat antarabangsa dan menjadikan Malaysia tempat untuk menghasilkan kandungan antarabangsa,” kata CL. – K! ONLINE