fbpx

60 maut bom meletup di Lapangan Terbang Kabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana di lokasi lapangan terbang yang dibom. - Express UK

KABUL – Dua bom dilaporkan telah diletupkan di Lapangan Terbang Kabul, Afghanistan yang mengorbankan lebih 60 mangsa yang terdiri daripada orang awam termasuk wanita, kanak-kanak dan 12 anggota tentera Amerika Syarikat, lapor Badan Penyiaran Britain, pagi ini.

Bom tersebut dipercayai menyasarkan mereka yang berpusu-pusu menyerbu lapangan terbang itu untuk meninggalkan Afghanistan sejak Taliban menguasai pemerintahan negara tersebut.

Beberapa jam sebelum kejadian, pemerintah Barat telah memberi amaran kepada warganegara mereka untuk menjauhkan diri daripada lapangan terbang itu berikutan terdapat ancaman serangan daripada IS-K yang merupakan pengganas dari kumpulan Negara Islam.

Kementerian Pertahanan Britain memberitahu pihaknya sedang menyiasat apa sebenarnya yang berlaku dan impak insiden ini ke atas proses pemindahan keluar yang sedang berjalan.

“Keprihatinan utama kami adalah keselamatan kakitangan kami, warga Britain dan warga Afghanistan,” demikian tulis kenyataan itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI