fbpx
SERAMAI enam pemain badminton di bawah naungan BAM disahkan positif Covid-19 dan kejadian berlaku di ABM di Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam. – Gambar hiasan

Aktiviti sukan tanpa sentuhan di negeri fasa 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju membenarkan aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan di luar melibatkan individu yang menerima vaksinasi lengkap di negeri yang telah memasuki fasa 2 Pelan Pemulihan Negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, aktiviti berkenaan dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka termasuk separa terbuka bermula pukul 6 pagi hingga 10 malam.

“Aktiviti ‘dine-in’ di restoran atau kafe di premis rumah kelab turut dibenarkan selaras dengan kebenaran dine-in.

“Pemilik premis perlu pastikan pelanggan yang memasuki premis untuk dine-in menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19,” katanya dalam sidang media langsung di sini hari ini.

Namun, operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis rumah kelab house tidak dibenarkan bagi mengelakkan perkumpulan selepas bersukan dan mengurangkan risiko jangkitan.

Aktiviti yang dibenarkan adalah seperti joging, senaman, taici, berbasikal, papan luncur, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis serta badminton perseorangan, golf, permotoran dan seumpamanya.

Aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama turut dibenarkan melibatkan inap desa dan hotel dengan pengusaha perlu memastikanmereka yang ingin memasuki premis menunjukkan sijil digital vaksinasi
Covid-9 yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

Negeri Fasa 2 pada ketika ini meliputi Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, Pulau Pinang dan Sabah manakala Fasa 3 melibatkan Labuan, Sarawak dan Perlis. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN