KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus menyaman sebanyak RM300 kepada pengguna jalan raya sekiranya didapati gagal memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM), Lesen Memandu (LLM) dan lesen vokasional (GDL/PSV) selepas 30 September ini.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, tempoh moratorium pembaharuan lesen sudah tiga kali dilanjutkan dan pihaknya akan menjalankan penguatkuasaan selepas tempoh tersebut.
“Penguatkuasaan bersama pihak polis akan dilakukan selepas tempoh tersebut selepas kelonggaran diberikan kepada pengguna jalan raya sebelum ini.
“Sehubungan dengan itu, pengguna jalan raya yang memiliki LKM, LLM dan GDL/ PSV perlu mempunyai dokumen sah pada 1 Oktober depan. Mereka boleh memperbaharui lesen dalam baki tempoh masa yang ada ketika ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Program JPJ Prihatin Rakyat di Terminal Bas Lembah Sireh di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929