fbpx

Seorang maut selang 15 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Angka kes harian Covid-19 semalam amat mengejutkan apabila kematian ha­rian mencatatkan 98 kes bersamaan seorang pesakit meninggal dunia selang 15 minit dalam tempoh sehari.

Selain itu, penularan harian pula melonjak kepada 9,020 kes berbanding 8,290 pada hari sebelumnya, sekali gus tertinggi dilaporkan menjadikan jumlah kes positif mencecah 558,534 kes.

Jumlah pesakit yang dirawat dan diasingkan juga semakin meningkat kepada 76,218 kes dengan 844 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, manakala 430 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Kes kematian dilaporkan di Selangor, Johor, Kuala Lumpur, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah, Terengganu, Pahang, Kelantan, Melaka, Perak dan Labuan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,650 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 27 kes kematian dilaporkan di Selangor diikuti 14 kes masing-masing di Johor dan Wilayah Kuala Lumpur serta masing-masing lapan kes di Kedah dan Negeri Sembilan.

Menurutnya, lima kes dilaporkan di Pulau Pinang dan Sarawak, empat kes di Sabah dan Terengganu, tiga kes di Pahang, masing-masing dua kes di Kelantan dan Melaka serta masing-masing satu kes di Perak dan Labuan.

“Kematian terdiri daripada 60 lelaki dan 30 wanita yang ke­semuanya warganegara berusia antara 27 hingga 91 tahun de­ngan pelbagai sejarah komorbid.

“Daripada jumlah itu, lapan kematian adalah di luar hospital,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelasnya, daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan semalam, terdapat 23 kluster baharu dikenal pasti melibatkan lapan kluster tempat kerja, enam kluster keagamaan, lapan kluster komuniti dan satu kluster institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan.

Terdapat 5,527 kes sembuh dicatatkan semalam dengan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada sebanyak 479,666 kes.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI