“WALAUPUN perjalanan untuk sampai ke sini agak jauh, kami tetap hadir bagi membolehkan ikan-ikan laga kami menyertai pertandingan ini. “Menerusi pertandingan sebeginilah ikan-ikan laga akan naik nilainya di pasaran seandainya berjaya memenangi mana-mana kategori yang dipertandingkan,” kata seorang pemilik ikan laga, Khairul Anuar Jasmi penuh keterujaan kepada K2. Menurut Khairul Anuar, dia dan rakan-rakannya yang lain terpaksa menempuh perjalanan melebihi 200 kilometer dari Muadzam Shah, Pahang menuju ke Desa Pandan, Kuala Lumpur bagi menyertai pertandingan kecantikan ikan laga, Ampang Betta……