SHARNAAZ menyelar sikap Iman Troye yang menjadikan jumlah kes Covid-19 sebagai jenaka.

Jangan bergurau atas musibah orang lain – Sharnaaz Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Geram dengan Iman Troye, pelakon Sharnaaz Ahmad menempelak penyanyi baharu itu supaya tidak bergurau mengenai musibah yang melanda insan lain akibat Covid-19.

Kata bintang Polis Evo itu, disebabkan sikap kurang sensitif sesetengah artis, teman seperjuangan lain turut terheret sehingga mendapat kecaman netizen.

“Tolong jangan bagi saya jumpa… Itulah, mana datang artis jagung ‘luck’ ubi ini. Habis aku yang ‘rare beef’ waghyu ini kena maki dengan netizen,” katanya.

Terdahulu, menerusi satu ciapan yang dimuat naik dalam Twitternya, Iman Troye atau nama sebenar Siti Nur Alyssa Shahabudin menulis satu kenyataan sinis tentang statistik kes jangkitan harian Covid-19 pada Ahad lalu.

“Happy 6.9K everyone. Congratulations. (Selamat 6.9 ribu semua. Tahniah.) Harap esok dapat 7,000,” ciapnya.

Susulan itu, Iman Troye menjadi perhatian pengguna Twitter yang menuduhnya tidak sensitif di saat negara sedang berusaha membendung penularan pandemik Covid-19.

Kecaman pengguna Twitter turut menyebabkan penyanyi yang popular menerusi lagu Teman itu terpaksa menutup akaun Twitter.

Sharnaaz menegaskan gurauan mengenai kes harian Covid-19 tinggi kerana kesalahan pihak tertentu tidak menjadi masalah, tetapi jika sesuka hati mengharapkan kes terus meningkat sehingga 7,000 adalah tidak sesuai.

“Dalam 7,000 orang itu ada ibu bapa orang lain yang sedang bertarung nyawa atau mungkin ada yang meninggal dunia. Fikirlah wahai Iman Troye,” katanya lagi.

Sharnaaz berkata, dia juga terkesan berdepan pandemik yang melanda dunia ketika ini sudah kehilangan dua anggota keluarga akibat dijangkiti Covid-19.

Sehubungan itu, Iman juga sudah membuka mulut mendakwa dia tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa menerusi ciapan yang mengundang padah terhadap dirinya. Penyanyi berusia 19 tahun itu juga sudah tampil memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN