Ismail.

Saya tidak pernah bersetuju – Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim menegaskan beliau tidak pernah bersetuju surat peletakan jawatannya dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada malam 16 November lalu.

Beliau berkata, meskipun surat peletakan jawatan itu sememangnya wujud dan kini disimpan oleh pimpinan parti, tiada persetujuan diberikan olehnya untuk surat berkenaan dihantar kepada Tuanku dalam keadaan sedemikian.

“Surat peletakan jawatan itu memang ada, disimpan oleh pimpinan parti. Tapi saya tak pernah bersetuju ia dihantar dalam keadaan begini.

“Surat peletakan jawatan itu saya tak hantar lagi kepada Tuanku pun,” katanya pada sidang akhbar di kediaman rasmi beliau, hari ini.

Menurut Ismail, beliau hanya mengetahui mengenai kenyataan peletakan jawatan itu menerusi media sosial.

Beliau turut memaklumkan Tuanku Muhriz tidak menerima cara surat berkenaan dikemukakan.
Ditanya sama ada beliau mengetahui pihak yang menghantar surat berkenaan, Ismail berkata, beliau juga tidak mengetahui perkara itu.

“Saya pun tak tahu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai bagaimana surat peletakan jawatan itu boleh wujud.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN