LELAKI warga China ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban atas pertuduhan menyebabkan anaknya terdedah risiko kecederaan fizikal di Tol Nilai, 9 Novebver lalu. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP

Bapa tinggalkan anak di Plaza Tol Nilai didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang jurutera warga China didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan anaknya berusia 12 tahun terdedah risiko kecederaan fizikal selepas ditinggalkan sebelum terjatuh atas jalan raya di Tol Nilai pada 9 November lalu.

Tertuduh Jiao Bo, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Datin M.Kunasundary.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang pukul 1.21 petang di susur keluar Tol Nilai pada 9 November lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Khairiah Abdul Razak tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan kesalahan itu serius dalam kes tersebut tertuduh adalah bapa kepada mangsa.

Siti Khairiah berkata, mangsa kini berada di bawah jagaan ibunya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN