Zambry ketika berucap pada Festival Festival of Idea di Putrajaya hari ini.

Kemelut N9: BN serah pada proses yang sedang berjalan – Zambry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Barisan Nasional (BN) berharap kemelut pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu dapat diselesaikan mengikut proses sepatutnya.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, beliau juga tidak mahu membuat sebarang kenyataan yang boleh disalah anggap, sebaliknya menyerahkan kepada proses yang sedang berjalan.

“Kita harap apa yang berlaku dan proses-proses berjalan dengan baik sajalah ya. Saya rasa kita tak perlu lagi merumitkan,” katanya ketika ditemui pada Festival Of Idea (FOI) Putrajaya 2026 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan kononnya Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dijadikan ‘kambing hitam’ dalam kemelut yang berlaku ketika ini.

Sebelum ini, anak Ismail, Naim Ismail mendakwa, bapanya seolah-olah dijadikan kambing hitam dalam kemelut yang melanda Negeri Sembilan biarpun sudah mematuhi setiap arahan parti.

Menurutnya, beliau turut mempersoalkan tindakan Barisan Nasional (BN) yang mengeluarkan kenyataan mengenai peletakan jawatan bapanya.

Sebelum ini, Ismail dikatakan telah mengutus surat perletakan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan berkuatkuasa 16 November lalu.

Bagaimanpun, pihak Istana Negeri Sembilan menegaskan peletakan jawatan Menteri Besar hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, selain memaklumkan Ismail telah dijadualkan menghadap baginda pada 20 November ini.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan satu nama calon Menteri Besar baharu telah dikemukakan kepada istana, namun keputusan akhir tertakluk kepada budi bicara dan perkenan baginda.

Ismail yang berusia 67 tahun telah dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada 2 Ogos tahun ini selepas BN dan Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 pada 1 Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN